PDA

View Full Version : perbezaan antara whiping cream,whipped cream,fresh cream,thicked cream & heavy cream



Ayu
16-01-2012, 02:00 PM
mohon bantuan...ayu blur skit bab ni.leh tlg explain tak? klu ada pic...tunjukkan la contoh pack cream2 t'sebut.

kcik
16-01-2012, 04:23 PM
aduuh ayu bila ayu listing gitu
kcik pun conpius juga :p

Ayu
16-01-2012, 04:46 PM
hahaahhahaa...ayu lg confuse k.cik.tu sbb mntk tolong....

quinnie
17-01-2012, 10:46 AM
rasanya kak alma ada explain pasal ni kat fb pot pet group...

Ayu
17-01-2012, 01:25 PM
ala...boh la kt sini.sana tu ayu jrg masuk.klu opis hour mmg lgsg tokleh masuk.klu sini senang nak refer.dahle nak tgk kat glosari tokleh nak bukak...xtau la nape

quinnie
18-01-2012, 04:36 AM
saya ambik dari blog ni....terima kasih tuan empunya blog..http://anishumel.blogspot.com/2011/11/perbezaan-whipping-dan-whipped-cream.html

WHIPPING T0PPING CREAM ATAU DIPANGGIL N0N DIARY WHIP CREAM


KANDUNGAN:
Minyak kernel sawit,sirap jagung(baca bhn pada k0tak)tiada kandungan lemak dari susu.


TEKSTUR:
Mdh kental apabile dipukul mengembang 2x ganda,rase manis.


KEGUNAAN:
Sebagai t0pping dan filling utk kek c0ntinentel seperti Black F0rest,Fruit Plan,Banana Ch0c dan lain2x


KAEDAH PENYIMPANAN:
Simpan di tempat beku(freeze),thn 1 bln slps di buka


JENAMA DI PASARAN:
Rich's,Shine R0ad,Value Pride,G0lden Peak.


DI MANA SAYA B0LEY MENCARI NYEW:
Di kedai2x bkln bakery,di pasar raya jarang didapati.Ada juge didapati dlm b0t0l spray,kal0 yg ni x perlu pukul kerana sudah tersedia utk digunakan.


UHT WHIPPING CREAM ATAU DIPANGGIL DAIRY WHIPPING CREAM@D0UBLE CREAM@THICKENED CREAM


KANDUNGAN:
Pepejal susu.


TEKSTUR:
Lebih pkt dari susu segar(UHT full cream milk)tidak mengembang apabila di pukul,rasa tawar


KEGUNAAN:
Sebagai bhm campuran dlm membuat Cheese Cake,Tiramisu,M0usse,Desserts,Ice-Cream dan Ganache.


KAEDAH PENYIMPANAN:
Simpan dlm peti sejuk(chiller)tdk perlu di bekukan,thn 1 minggu slps dibuka.


JENAMA DI PASARAN:
Anch0r,Emb0rg,Pauls,Shani,Greenfields,Bridel.


DI MANA SAYA B0LEY MENCARI NYEW:
Di kedai2x bkln bakery dn dipasaraya juge b0ley didapati.


UHT:Utra High Temperature...

quinnie
18-01-2012, 04:39 AM
http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/fresh-cream.html

yg ni pulak dari kak hanieliza nye blog

Di negara kita,fresh cream yang digunakan untuk menyalut kek dikenali sebagai Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu) .Bahan ini ada dijual di kedai-kedai bahan kek dalam kotak 1 liter dan terdapat dalam bermacam jenama seperti Bakers Mix,Trans,Anchor dan lain-lain.Krim ini bewarna putih dan rasanya sudah manis, tidak perlu ditambah gula lagi. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Dairy dan non dairy whipping cream, sila ke label aising atau label tip dan panduan. Ada jenis yang dibekukan dan ada yang tidak perlu dibekukan. Jika anda menggunakan jenis yang dibekukan, nyah-bekukan ia pada suhu bilik beberapa jam sebelum diputar. Krim segar hendaklah diputar dalam keadaan ia masih sejuk supaya ia mudah kembang. Tuangkan krim kedalam mangkuk adunan dan kuantitinya tidak melebihi 20 peratus dari saiz mangkuk. Ini untuk memudahkan proses mengembang.Jika dimasukkan terlalu banyak, ia akan melimpah keluar.Putar dengan kelajuan sederhana menggunakan alat whisk (bulat) sehingga kembang dan kental.Jangan terlalu lama dipukul kerana ia akan menjadi kasar,kering dan susah disapukan pada kek. Krim ini boleh dibuat filling dan juga menyalut kek. Kek yang bersalut krim segar perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.Keluarkan hanya apabila hendak dipotong. Di dalam peti sejuk, ia tahan 4 - 5 hari. Contoh kek menggunakan topping fresh cream ialah Black Forest Cake, Blueberry Cake dan sebagainya.

1. Fresh Cream ini perlu disejukkan, bukan dibekukan. Ia pekat dan boleh terus dituang ke dalam mangkuk adunan.

2. Krim yang telah diputar boleh bertahan dalam peti sejuk selama 4 hari.

3. Goncangkan kotaknya sebelum dituang dan isikan hanya 20 % dari saiz mangkuk pengadun supaya mudah diputar dan tidak terlalu penuh.

4. Putar dengan kelajuan sederhana dengan alat whisk (bulat) selama 5 minit sehingga terbentuk puncak yang lembut(berekor).

5. Jangan diputar terlalu lama kerana krim akan keras dan kering. Ia akan susah disapukan pada kek dan tekstur krim menjadi kasar.

6. Jika terlebih putar, masukkan sedikit krim yang cair dan putar semula kelajuan perlahan sehingga ia menjadi lembut.

7. Semasa menyapu krim pada kek, simpan lebihnya dalam peti sejuk supaya tidak kering dan kasar.

8. Setelah siap menyalut dan menghias, terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya apabila hendak menghidang.

9. Krim yang lebih boleh dimasukkan dalam bekas plastik dan simpan peti sejuk.Kacau semula adunan apabila hendak digunakan.

10.Krim ini juga boleh diwarnakan mengikut warna disukai.

11.Sebaiknya,kerja-kerja menghias dengan krim ini perlu dilakukan di tempat sejuk, supaya krim tidak mudah rosak.

sumber dari :
http://resipinoraini.blogspot.com/search/label/aising

quinnie
18-01-2012, 04:42 AM
ayu...nak tengok gambar ada kat blog derang2 ni...

alma
18-01-2012, 03:12 PM
smua2 ni krim aje Ayu
yg beza thickness nye
fresh cream yg paling thick (rich whipping cream) yg k cik kata dia beli utk frost-kn kek dulu tu, kn kcik?
fresh cream tu term US, term org France lak crème fraîche... (biasa dgr??) -- sama je tuuu, pekat sgt2
boleh guna utk cake frosting

whipping cream - krim yg boleh diwhip-kan
pd pek kdg2 ada tulis - suitable for whipping (sbb ada krim yg x sesuai utk diputar)
bila dh siap putarkan (whip) -- jd ler whipped cream, itu aje.

heavy cream, double cream, thickened cream -- semua hat2 yg pekat2 tp fresh cream yg paling pekat
half & half, single cream-- jenis yg cair sket tp leh whip
-- sesuai le utk dollop, boh atas puding ka, pavlova ka...

jenis2 yg cair ni, blh gantikan santan kelapa kalo xder santan
akk byk kali guna single cream utk masakn kita--- even nk mengarun pulut pun guna cream kalau dh terdesak xder santan
akk leh makan & anak2 pun ok
cuma hb xleh sbb hidungnye mmg sensitif -- sbb dia xmkn cream, susu, cheese (no diary products!)
so, bila dia xder leh lar masak pakai krim, kalau ada, cik KARA le jwbnye
kt sini, krim murah2 -- jauh lebih murah dr KARA :) so tu yg guna krim tp hat yg cair la...

quinnie
19-01-2012, 04:36 AM
kak alma....patut la derang kalau masak2 duk letak krim ni sokmo...murah rupanya...kita kat sini...beli kalau perlu je...hihihi

Ayu
19-01-2012, 03:54 PM
so klu dlm resepi tu kata guna whipped cream...maknanya leh la ayu guna whipping cream yg dah diputarkan,kan?

quinnie
19-01-2012, 03:56 PM
nak buat apa ni ayu? biasa kalau dlm resepi suh kita putarkan baru le putar...utk deco2 kek ke....baru putar....

lagi resepi apa ek....

Ayu
19-01-2012, 04:07 PM
rare cheesecake....pape jela samada oreo ke...ayu tak ingat resepinya tp ada tu srh guna whipped cream

quinnie
19-01-2012, 04:10 PM
ooo yg tu..kena putar ayu....

Ayu
19-01-2012, 04:26 PM
tu sbb ayu tnya...leh guna whipping cream yg dah diputar m'jadi whipped cream?

Ayu
19-01-2012, 04:27 PM
ayu...nak tengok gambar ada kat blog derang2 ni...

Q...ayu tokleh masuk blog le.tu sbb mntk tlg boh kat sini.tp klu leh jgn la kopipes linknya dr blog sbb ttp xkan leh boleh view...melainkan upload dr drive c

quinnie
19-01-2012, 09:31 PM
tu sbb ayu tnya...leh guna whipping cream yg dah diputar m'jadi whipped cream?

maksud ayu ni..yg dah siap putar tu ek? yg selalu letak kat air tu ek..apa ke nama nya pun waktu ni la lupa pulak..kekekek...selalu kalau gi starbuck ke apa dia spray kat atas tu ek...yg tu tak pasti pulak le ayu...

quinnie
19-01-2012, 09:32 PM
laa takleh tengok gambar ek....nanti kita usahakan..hehehe

kcik
21-01-2012, 10:38 AM
ayu..kcik pernah came across
resipi cheesecake yg guna whip cream
whip cream tu dimasukkan dlm adunan cheese bukan utk topping
so kalau gitu tak payah di whipped cream tu (boleh juga di ganti dgn yogurt)

oldjeans-T
21-01-2012, 01:05 PM
Ayu, kalau untuk buat cheesecake or other cake yang campur dalam adunan, istilah whipped cream sama dengan heavy cream. Dua-dua boleh guna. In both cases, kalau tengok kotak dia ada satu ingredient je. Whipped cream tu sebenarnya heavy cream yang dah dipukul (whip). Kalau pukul/goncang lagi lama boleh jadi butter, dan air lebihan tu jadi betul-betul buttermilk.

Nama-nama cream ni sebenarnya boleh bezakan jumlah lemak susu dalam cream. Macam heavy cream ada lagi banyak lemak daripada Light Whipping Cream. Extra Heavy Cream atau Double cream pulak lagi banyak lemak susu daripada Heavy cream. Sour cream dan crème fraîche pulak adalah cream yang dah dicultured macam yogurt. Tapi yogurt dicultured guna susu instead of cream, jadi lemak dia kurang compared to Sour cream dan crème fraîche. Half-and-Half pulak separuh susu separuh heavy cream.

Kalau pernah beli susu yang betul-betul segar boleh nampak satu lapisan cream terapung atas susu. Kalau goncang campurkan cream dengan susu, jadi la whole milk. Kalau buang cream tu, susu tu jadi la reduced-fat (bukan skim-milk tau, itu highly processed). Tapi in my experience, cream yang dari susu segar ni selalu almost macam butter, sangat concentrated. Warna pun kuning.

kcik
22-01-2012, 10:05 AM
tks jean for sharing
bertambah lagi pengetahuan

Ayu
26-01-2012, 11:02 AM
Ayu, kalau untuk buat cheesecake or other cake yang campur dalam adunan, istilah whipped cream sama dengan heavy cream. Dua-dua boleh guna. In both cases, kalau tengok kotak dia ada satu ingredient je. Whipped cream tu sebenarnya heavy cream yang dah dipukul (whip). Kalau pukul/goncang lagi lama boleh jadi butter, dan air lebihan tu jadi betul-betul buttermilk.

Nama-nama cream ni sebenarnya boleh bezakan jumlah lemak susu dalam cream. Macam heavy cream ada lagi banyak lemak daripada Light Whipping Cream. Extra Heavy Cream atau Double cream pulak lagi banyak lemak susu daripada Heavy cream. Sour cream dan crème fraîche pulak adalah cream yang dah dicultured macam yogurt. Tapi yogurt dicultured guna susu instead of cream, jadi lemak dia kurang compared to Sour cream dan crème fraîche. Half-and-Half pulak separuh susu separuh heavy cream.

Kalau pernah beli susu yang betul-betul segar boleh nampak satu lapisan cream terapung atas susu. Kalau goncang campurkan cream dengan susu, jadi la whole milk. Kalau buang cream tu, susu tu jadi la reduced-fat (bukan skim-milk tau, itu highly processed). Tapi in my experience, cream yang dari susu segar ni selalu almost macam butter, sangat concentrated. Warna pun kuning.

thanks oldjeans.....

aritu ayu pi usha lg...perasan la hat light whipping cream tu.pastu ayu ada tgk kat 1 blog ni...whipped cream dlm kotak,dia beli kat bakery supplier.

Ayu
26-01-2012, 11:03 AM
ayu..kcik pernah came across
resipi cheesecake yg guna whip cream
whip cream tu dimasukkan dlm adunan cheese bukan utk topping
so kalau gitu tak payah di whipped cream tu (boleh juga di ganti dgn yogurt)

oh...boleh sub dgn yogurt eh? sukatan dia sama je ke kak?

Ayu
26-01-2012, 11:05 AM
maksud ayu ni..yg dah siap putar tu ek? yg selalu letak kat air tu ek..apa ke nama nya pun waktu ni la lupa pulak..kekekek...selalu kalau gi starbuck ke apa dia spray kat atas tu ek...yg tu tak pasti pulak le ayu...

yg tu pun ayu tgk dia tulis kat botol tu...whipped cream.utk topping sesuai la kot.juz spray atas milkshake etc tu...

kcik
26-01-2012, 12:42 PM
oh...boleh sub dgn yogurt eh? sukatan dia sama je ke kak?

biasa kcik guna sukatan yg sama je

kalau kita perati la..whipped cream ni byk jenis
kalau kita tak biasa utk lebih pasti beli benda2 ni kat kedai bakery
kita boleh tanya advice tauke kedai

semalam kcik beli 2jenis cream utk topping ni
dua2 brand `rich` `whip topping - base`(RM18/pek) dan `gold label - cake & dessert topping`(RM14/pek)
biasa kcik campur dua 2 utk hasilkan topping yg lebih mantap (bila kita pipe nampak urat2 bunga)

quinnie
27-01-2012, 11:01 PM
wah ye kek kakcik....lagi sedap ye...bleh cuba nih..:)